home Log in Video follow

Tuan Tanah :).




Nama: Karim Bin Mohamed
Mengajar di : Sek. Keb. Ayer Hitam



Klik sini.










Lalala ~







HADITH 4

TENTANG LENYAPNYA AGAMA
 
Sabda Rasulullah saw;
"Lenyapnya agama kerana tiga perkara iaitu : 1. Orang alim yang durhaka, 2. Imam (pemimpin) yang zalim, 3. Mujtahid yang bodoh.
Riwayat Dailami dari Ibnu Abbas
 
Keterangan :
Agama Islam akan lenyap di muka bumi ini kerana perbuatan orang-orang yang dinyatakan dalam hadith di atas. Orang alim disebut juga juga kiyai adalah ikutan ummat. Apabila dilihat seorang kiyai yang telah berani melanggar ajaran Islam seperti bermain judi, menipu, minum arak dan sebagainya, maka tentulah orang-orang awam akan mencontohi dan menirunya. Apabila hokum Islam sudah dilanggar tentulah Islam akan lenyap.
Demikian pula pemimpin yang menzalimi, yang suka memeras dan menganiaya rakyat, ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Apabila pemimpin tidak mengacuhkan ajaran Islam, tentulah pengikutnya akan demikian juga. Begitu juga mujtahid (orang yang rajin mengerjakan sesuatu), tapi ilmu pengetahuannya tiada, dia itu orang bodoh dan apabila dia mengerjakan sesuatu pekerjaan yang baik dan kerana bodohnya, maka pekerjaan yang dikerjakan itu tentulah tidak sempurna. Apabila ajaran Islam dikerjakan dengan main-main (tidak ikut peraturan yang betul), maka bukanlah pahala yang diperolehi tapi dosalah yang dapat.
Tiga golongan ini dapat menghancurkan agama Islam, kerana itu kita haruslah berwaspada supaya tiga golongan ini dapat kita hindari.



Sejarah Negeri Melaka


Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14.

Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam . Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.

Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka.
Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.

Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang singgah setiap tahun.



LATIHAN 3

Lengkapkan ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang betul.

anak bongsu

buah tangan

cakar ayam

naik darah


buah hati

buta huruf

mandi peluh


1.   Syukri adalah ___________________ kepada Puan Kamilah dan Encik Johan.

2.   Tulisan Siva seperti _________________________ dan susah dibaca.

3.   Marina membawa _________________________ semasa melawat jirannya di   
      hospital.

4.   Haziq adalah ___________________________ Cikgu Kamal kerana kepandaiannya.

5.   Mekanik itu ber___________________________ selepas membetulkan kereta
       pelanggannya.

6.   Nenek tidak boleh membaca surat khabar itu kerana dia  
       _______________________ .

7.   Anuar ______________________________ apabila dimaki-hamun oleh pegawai itu.

LATIHAN 2


Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa berikut.

ringan tulang
mata pencarian
titik peluh
nasi telah menjadi bubur
malang tidak berbau
besar hati

              1. Aduh, ........................, saya terpijak ular lalu dipatuk olehnya.

            2. Emak Ali berasa ..............................apabila melihat anaknya rajin belajar
                dan berkelakuan baik.

            3. .............................nya sebagai seorang nelayan bukannya senang.
                Apabila cuaca hujan, kuranglah rezekinya.

            4. Dia berasa gembira apabila mendapat wang hasil .................nya
                menjual sayur-sayuran.

            5. Saya sudah ditipu oleh penjahat itu. Apa dayaku, ..............................

            6. Pak Abu memang adalah seorang yang .........................., pagi-pagi lagi
                sudah pergi bekerja di ladang getah untuk menyarai keluarganya.

LATIHAN 1


     Tuliskan simpulan bahasa yang sesuai bagi makna yang diberi.

Anak emas
Anak saudara
Anak kandung
Anak tunggal
Anak tiri
Anak sulung
Anak angkat

 

1.        Anak yang pertama di dalam keluarga

 =___________________________________________

2.        Anak kepada abang, kakak atau adik

=___________________________________________

3.        Anak yang disayangi

=____________________________________________

4.        Anak yang hanya seorang dalam keluarga

=____________________________________________

5.        Anak kepada suami atau isteri yang terdahulu

=____________________________________________

6.        Anak orang lain yang dijadikan anak sendiri

=____________________________________________

7.        Anak sendiri

=____________________________________________

CONTOH SIMPULAN BAHASA

Ambil angin
Ertinya : Bersiar-siar



CONTOH SIMPULAN BAHASA

Abang kandung
Ertinya : Abang seibu dan sebapa.



MARI DENGAR NYANYIAN

 

 

JENIS-JENIS PERIBAHASA

Peribahasa yang tercipta memang banyak. Sekian banyak peribahasa tersebut dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut  :
1.  simpulan bahasa
2.  perimpamaan
3.  pepatah
4.  bidalan
5.  bandingan
6.  kata-kata hikmat

APA ITU PERIBAHASA

  1. Peribahasa merupakan susunan kata-kata yang teratur, sedap didengar dan cukup bermakna.
  2. Peribahasa dibentuk atau dicipta berdasarkan pandangan dan perbandingan yang teliti terhadap alam sekeliling dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam masyarakat.
  3. Oleh sebab peribahasa dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat, maka melekatlah peribahasa itu di mulut orang ramai turun-temurun.